Pages

Tuesday, January 31, 2012

Parti Iraqiya tamatkan boikot di Parlimen Iraq


BAGHDAD 30 Jan. - Blok sekular yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Iraq pada Mac 2010, Iraqiya akan kembali ke Parlimen pada Selasa depan selepas menamatkan boikot yang dilancarkannya pada pertengahan bulan lalu.

"Iraqiya memutuskan ahli Parlimennya akan kembali menghadiri sidang dewan," kata Maysoon al-Damluji pada satu sidang media selepas mesyuarat para pemimpin dan ahli Parlimen blok itu.

Perbalahan meletus lebih sebulan lalu antara kerajaan pimpinan Syiah dengan blok Iraqiya apabila pihak berkuasa mendakwa Naib Presiden Tareq al-Hashemi yang merupakan seorang tokoh Sunah dan anggota Iraqiya atas tuduhan mengendalikan pasukan pembunuh.

Iraqiya memulakan boikot terhadap Parlimen dan Kabinet untuk membantah apa yang didakwanya sebagai penumpuan kuasa di tangan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki, dan sejak itu mendesak Maliki berundur jika enggan mematuhi perjanjian perkongsian kuasa.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Hashemi. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: