Pages

Thursday, January 5, 2012

Mangsa banjir kongsi sekolah



Ahli silap mata mengadakan persembahan kepada mangsa-mangsa Ribut Washi di sebuah sekolah yang dijadikan pusat penempatan sementara di Cagayan de Oro, Mindanao, kelmarin. - REUTERS


CAGAYAN DE ORO 4 Jan. - Mangsa-mangsa banjir dan pelajar sekolah terpaksa 'berkongsi ruang' di sebuah bangunan sekolah di selatan Filipina hari ini ekoran kedua-dua pihak mahu menggunakan bangunan tersebut.

Pegawai jabatan pendidikan daerah, Shirley Merida berkata, mangsa banjir tersebut enggan mengosongkan bilik darjah di sebuah sekolah di Cagayan de Oro menyebabkan pelajar-pelajar sekolah itu terpaksa berpindah ke khemah untuk belajar.

"Kami terpaksa mengadakan sesi pembelajaran di dalam khemah kerana semua bilik darjah didiami oleh mangsa banjir," katanya. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: