Pages

Thursday, January 5, 2012

903.2 kilogram syabu RM630 juta dirampas



ZAINUL ABIDIN (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian pil syabu bernilai RM630 juta yang dirampas daripada empat lelaki pada sidang akhbar di Sepang semalam.


SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas lima juta pil syabu bernilai RM630 juta jika diproses semula Sabtu lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, rampasan tersebut dilakukan di susur keluar tol Bukit Tagar, lebuh raya PLUS, menghala ke utara dari Klang, kira-kira pukul 8.30 malam.

"Pil seberat 903.2 kilogram yang boleh menghasilkan lebih 80 juta pil sekiranya diproses semula, berjaya dirampas dalam satu operasi yang dilakukan empat hari lalu oleh JKDM dan PDRM.

"Dua lelaki iaitu warga Singapura dan Taiwan serta dua lelaki warga tempatan yang berusia di antara 40 dan 50 tahun turut ditahan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments: