Pages

Thursday, January 5, 2012

4 aktivis ditahan edar risalah pemberontakan Mesir

KAHERAH: Aktivis yang terbabit membantu melancarkan pemberontakan menggulingkan Hosni Mubarak pada 6 April lalu ditahan hari ini kerana mengedarkan risalah bagi mengadakan sambutan ulang tahun pertama perhimpunan itu.

“Polis menahan empat aktivis iaitu Mohammed Sheriff, Mahmud Zakaria, Mahmud Hossam dan Hassan Hafez kerana mengedarkan risalah dan melekat poster yang mengajak penduduk Mesir untuk berhimpun pada 25 Januari ini,” menurut pergerakan berkenaan.
“Pemberontakan berterusan yang dicetuskan aktivis politik itu adalah bagi memperingati peristiwa sebelum revolusi dan menunjukkan bahawa tiada perubahan berlaku.
“Tindakan yang dilakukan polis itu tidak akan menghalang pergerakan itu untuk terus melancarkan protes pada 25 Januari depan,” menurut kumpulan itu. - AFP
Berita Harian Online | 4 aktivis ditahan edar risalah pemberontakan Mesir:

'via Blog this'

No comments: