Pages

Saturday, January 28, 2012

Ketua orang Asli Australia kutuk tindakan



SYDNEY 27 Jan. - Ketua-ketua kumpulan orang Asli Australia hari ini mengkritik tindakan kurang hormat kumpulan hak asasi orang Asli yang menyebabkan Perdana Menteri Julia Gillard terpaksa diberi perlindungan oleh ejen keselamatan ketika berada di sebuah restoran di Canberra, semalam.
Pesuruhjaya Keadilan Rangkaian Penduduk Pulau Teluk Torres dan Aboriginal, Mick Gooda (gambar) berkata, sikap yang ditunjukkan kumpulan terbabit sangat memalukan.
"Tunjuk perasaan yang agresif, berpecah-belah dan mengancam keselamatan orang lain tidak mendapat restu komuniti orang Asli di pulau ini," katanya.
Gillard dan ketua pembangkang, Tony Abbott terpaksa diberi perlindungan oleh ejen keselamatan selepas dikelilingi berpuluh-puluh aktivis orang Asli di sebuah restoran di Canberra yang mengetuk tingkap restoran sambil melaungkan perkataan 'malu' dan 'perkauman'. - AFP

No comments: