Pages

Saturday, January 28, 2012

3,000 penumpang terima pampasan



GIGLIO 27 Jan. - Kira-kira 3,000 penumpang yang terselamat dalam kejadian kapal persiaran mewah Costa Concordia terbalik pada 13 Januari lalu akan menerima pampasan berjumlah AS$14,450 (RM44,795) seorang.
Menurut pertubuhan pengguna, perjanjian pembayaran pampasan itu dipersetujui hampir 85 peratus daripada penumpang yang terlibat.
"Perjanjian itu melibatkan kira-kira 3,000 penumpang dari 60 negara termasuk 800 warga Itali," kata Adoc, iaitu satu daripada kumpulan pengguna yang terlibat dalam perjanjian itu.
Dalam pada itu, pasukan penyelam tentera laut pada pagi ini menebuk lubang pada bangkai kapal terbabit untuk meneruskan operasi mencari mangsa yang masih hilang walaupun peluangnya adalah tipis.
Angka korban tragedi tersebut kini mencecah 16 orang manakala 16 lagi dilaporkan masih hilang. - AFP

No comments: