Pages

Thursday, December 29, 2011

Putin perkecil kebangkitan rakyat


MOSCOW 28 Dis. - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin (gambar) semalam memperkecil-kecilkan gerakan protes oleh rakyat negara ini dan menolak untuk mengkaji semula keputusan pilihan raya Parlimen yang diadakan pada awal bulan ini.

Dalam komen pertamanya sejak tercetus tunjuk perasaan terbesar menentang dominasi politik beliau sejak 12 tahun lepas pada Sabtu lalu di Moscow, Putin menegaskan bahawa beliau tidak akan mengkaji semula keputusan pilihan raya yang diadakan pada 4 Disember lalu.

"Mereka (penunjuk perasaan) tidak ada matlamat dan tidak mempunyai program yang menyatupadukan rakyat.

"Saya tidak lihat ada di kalangan mereka yang mampu melakukan tugas penting untuk membangunkan Rusia," katanya dalam mesyuarat parti.

Beliau turut menyifatkan tuntutan penunjuk perasaan yang mahukan pilihan raya diadakan semula kerana berlaku penipuan sebagai tidak mempunyai merit.

"Pilihan raya telah berakhir, Parlimen telah pun mula bersidang dan Speaker dewan telah pun dipilih. Sepatutnya tuntutan untuk mengkaji semula keputusan pilihan raya ini tidak lagi timbul," ujarnya.

Putin mahu supaya 'sindiran' yang menuduhnya merancang untuk mengambil alih kuasa melalui penipuan dihentikan. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: