Pages

Thursday, December 29, 2011

Penutupan Selat Hormuz perkara mudah: Teheran

TEHERAN: Penutupan laluan di Teluk Parsi kepada kapal tangki minyak “lebih mudah daripada meminum segelas air” untuk Iran jika beranggapan ia perlu dilakukan, lapor televisyen negara itu, semalam.

Ketua Tentera Laut Iran, Habibollah Sayyari, memberitahu televisyen berbahasa Inggeris negara itu, menutup Selat Hormuz untuk tentera Iran atau rakyat Iran lebih mudah daripada meminum segelas air. “Bagaimanapun, kami tidak perlu menutup selat itu kerana Laut Oman di bawah penguasaan kami dan kami boleh mengawal laluan persinggahan itu,” katanya. Habibollah mengetuai latihan ketenteraan 10 hari di selat itu.


Ketegangan kian meningkat di antara Iran dan Barat selepas menteri luar Kesatuan Eropah memutuskan tiga minggu lalu untuk memperketatkan sekatan ke atas negara pengeluar minyak mentah kelima terbesar di dunia itu yang dilihat oleh pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai cubaan Teheran untuk menghasilkan bom atom. Iran yang berkata penghasilan tenaga nuklear dilakukan untuk tujuan keamanan memberi amaran kelmarin ia akan menghentikan pengaliran minyak melalui Selat Hormuz di Teluk Parsi jika sekatan dikenakan terhadap eksport minyak mentahnya. Pengumuman mengenai kemungkinan penutupan satu-satunya laluan untuk lapan negara sekutu AS di Teluk ke pasaran luar meningkatkan harga minyak dunia kelmarin walaupun ia turun semula semalam. - Reuters

myMetro | Penutupan Selat Hormuz perkara mudah: Teheran:

'via Blog this'

No comments: