Pages

Wednesday, December 21, 2011

Penumpang raba pramugari SIA

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Ukraine didakwa mencabul seorang pramugari syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) sebanyak tiga kali dalam pesawat republik itu pada bulan lalu.

Pengurus jualan Sierkov Sergii, 35, dituduh meraba punggung pramugari berusia 34 tahun itu dua kali dan sekali pada bahagian payu dara mangsa, 15 November lalu.
Kejadian dalam penerbangan dari Moscow ke republik ini berlaku ketika pesawat berada di ruang udara Thailand antara jam 4.15 pagi dan 4.18 pagi.
Sergii yang bekerja di Kota Singa diwakili peguam Desmond Tan. Kelmarin adalah kemunculan keduanya di mahkamah. Satu lagi prosiding sebelum perbicaraan dijadualkan Jumaat ini.

Jika didapati bersalah, Sergii boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, didenda, dirotan atau mana-mana dua hukuman terbabit.

Dalam satu kes lain, seorang remaja berusia 19 tahun didapati bersalah kerana meniru pas juru terbang SIA dan menggunakannya untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma di klinik Raffles Medical Group Lapangan Terbang Changi sebanyak lima kali.

Jumaat lalu, sebuah mahkamah daerah mengenakan hukuman berkelakuan baik selama 18 bulan. Remaja itu mengaku bersalah atas tuduhan memalsukan pas dan menipu, bulan lalu. – Agensi
Berita Harian Online | Penumpang raba pramugari SIA:

'via Blog this'

No comments: