Pages

Thursday, December 8, 2011

AS batal rancangan rampas balik dron

myMetro | AS batal rancangan rampas balik dron:

WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat dilapor merancang melancarkan operasi sulit di Iran untuk mengambil semula atau memusnahkan dron pengintip yang ditembak jatuh oleh tentera Iran minggu lalu.
Seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan berkata, pihak berkuasa Washington menimbang rancangan rahsia itu untuk membawa pulang pesawat kawalan jauh berkenaan tetapi membatalkan operasi itu kerana bimbang tindak balas Iran, lapor akhbar The Wall Street Journal, semalam.

“Mereka merumuskan rancangan sulit itu hanya sia-sia memandangkan ia boleh mencetuskan insiden yang lebih besar,” kata pegawai berkenaan.
Menurutnya, sekiranya pasukan penyerang memasuki Iran untuk mengambil semula atau memusnahkan dron itu, Amerika Syarikat akan dituduh melakukan tindakan peperangan oleh kerajaan Iran.

Unit Perang Elektronik tentera Iran menembak jatuh pesawat RQ-170 Sentinel buatan Amerika Syarikat itu pada 4 Disember lalu selepas ia memasuki ruang angkasa Iran yang bersempadan dengan Afghanistan.

Seorang pegawai kanan Iran berkata, pesawat pengintip itu yang mengalami kerosakan kecil, dirampas.
Dron RQ-170 direka dan dikeluarkan oleh Syarikat Lockheed Martin.

Tentera Amerika Syarikat dan CIA menggunakan pesawat seumpama itu untuk melancarkan serangan peluru berpandu di Afghanistan dan wilayah barat laut Pakistan. - AP

No comments: