Pages

Friday, December 2, 2011

Cruise jumpa peminat di Tokyo



TOM CRUISE (kanan) bergambar bersama seorang peminatnya pada satu majlis promosi filem terbaharu Mission Impossible di Tokyo semalam.


TOKYO, Jepun - Aktor terkenal, Tom Cruise kembali ke layar perak menerusi francais terbaharu filem Mission Impossible: Ghost Protocol.

Satu majlis tayangan filem itu diadakan untuk bilangan peminatnya yang terhad di sini semalam sebelum filem itu memulakan tayangan pembukaannya pada minggu depan.

Dalam filem itu, Cruise, 49, kembali sebagai ejen perisik hebat, Ethan Hunt untuk menyelamatkan dunia.

Sarat dengan aksi dan lagak ngeri, filem tersebut turut menampilkan bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa yang memiliki ketinggian 828 meter di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Ketika ditanya pada satu sidang akhbar yang disiarkan di sebuah laman web filem Jepun bagaimana dia mampu bertahan semasa berada selama berjam-jam di lokasi penggambaran dan latihan keras, Cruise berkata: "Saya hanya suka apa yang saya mahu lakukan dan saya melakukannya kerana saya mahu menghiburkan (orang ramai)."

Dia turut menyatakan: "Saya suka menjadi sebahagian daripada pasukan (pelakon filem itu)."

Dalam satu promosi filem itu di sini, Cruise turut bergambar bersama beberapa peminatnya.

- Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: