Pages

Friday, November 11, 2011

Masjidil Haram kembali sesak

MAKKAH: Masjidil Haram di Makkah penuh sesak dengan jemaah yang tidak sabar-sabar ingin kembali ke negara masing-masing, semalam.

Walaupun jemaah saling berasak, tolak-menolak dan bergerak secara perlahan ketika melakukan tawaf, mereka gembira kerana impian sekali seumur hidup untuk menunaikan ibadah haji sudah terlaksana dengan aman dan selamat, lapor agensi berita Arab Saudi. Ribuan jemaah menunaikan Tawaf Wida’ (Tawaf Selamat Tinggal menandakan berakhirnya ibadah haji) di tingkat pertama dan tingkat teratas Masjidil Haram, manakala di Mataf (kawasan di sekitar Kaabah) yang memuatkan kapasiti seramai 70,000 orang setiap jam amat sesak. Beribu-ribu jemaah berkerusi roda turut menunaikan ibadah itu di tingkat atas Masjidil Haram. Kesemua 176 pintu masuk, termasuk pintu masuk di tingkat satu dan dua Masjidil Haram turut dibuka bagi menangani kebanjiran jemaah. Sebanyak 18 pintu masuk dikhaskan untuk jemaah kurang upaya. Lebih 1,000 pegawai pula ditugaskan memantau pergerakan jemaah di setiap pintu masuk. Pejabat Presiden Untuk Hal Ehwal Masjidil Haram juga mengerahkan 6,000 pekerja di lokasi berbeza di tempat suci itu bagi membantu jemaah dengan menunjukkan laluan masuk dan keluar. Tiada siapa dibenarkan duduk atau berdiri di laluan menuju ke Mataf.


Di Masaa (ruang antara bukit Safa dan Marwah) tempat jemaah melakukan Sai’e juga penuh sesak.

Pihak berkuasa turut mengedarkan risalah dalam pelbagai bahasa bagi memudahkan jemaah memahami baki ibadah yang perlu dilakukan.


Beribu-ribu anggota keselamatan ditugaskan memantau pergerakan jemaah bagi mengurangkan kesesakan dengan mengarahkan mereka menuju ke tempat yang kurang sesak. Lampu hijau akan berkelip-kelip di pintu masuk sekiranya terdapat ruang kosong dan lampu merah bermaksud tiada ruang kosong lagi di situ.


Seramai satu juta jemaah tempatan dan sebilangan besar jemaah luar negara sudah pulang sejak Rabu dan semalam selepas menunaikan Tawaf Wida’.

myMetro | Masjidil Haram kembali sesak:

'via Blog this'

No comments: