Pages

Monday, November 28, 2011

Ikhwanul Muslimin mahu hak bentuk kerajaan

KAHERAH: Ikhwanul Muslimin berpendapat, junta tentera perlu menyerahkan tugas membentuk kerajaan baru kepada pertubuhan itu jika mereka menjadi pemenang utama dalam pilihan raya Parlimen Mesir.

Jurucakapnya, Mahmud Ghozlan, berkata kerajaan baru Mesir mesti mewakili rakyat.


“Majlis Tentera mesti menyerahkan tugas membentuk kerajaan kepada mana-mana parti yang memenangi kerusi terbanyak.

“Jika kerajaan tidak mempunyai wakil mencukupi di Parlimen, semua keputusannya akan terhalang,” katanya, semalam.


Sebelum ini, tentera Mesir berkata, sidang Parlimen akan datang akan diberi tugas merangka perlembagaan dan pilihan raya presiden akan diadakan menjelang akhir 2012.


Ikhwanul Muslimin - pertubuhan politik paling tersusun di Mesir - dijangka menangi besar dalam pilihan raya berkenaan melalui Parti Kebebasan dan Keadilan.

Menurut Mahmud, pertubuhan itu memilih sistem berparlimen dalam pentadbirannya.


“Presiden memiliki kuasa penuh dan mengetuai semua institusi negara kecuali Parlimen,” katanya. Kenyataan itu dibuat selepas seorang ahli Majlis Tertinggi Angkatan Tentera, Mamduh Shahin, berkata parlimen akan datang tidak berkuasa ke atas kerajaan. - AFP

myMetro | Ikhwanul Muslimin mahu hak bentuk kerajaan:

'via Blog this'

No comments: