Pages

Thursday, November 10, 2011

Arab Saudi anggap musim haji berjaya




JEMAAH haji melontar jamrah di Mina sebagai salah satu rukun haji yang mesti dipatuhi.


MEKAH, Arab Saudi - Putera Mahkota Arab Saudi, Nayef bin Abdel Aziz menyifatkan musim haji pada tahun ini sebagai berjaya di sebalik risiko 'kekacauan' yang mungkin berlaku berikutan kebangkitan rakyat di beberapa buah negara di Asia Barat, lapor agensi berita negeri, SPA.
"Kami bersyukur kepada Tuhan atas kejayaan musim haji ini yang boleh dikatakan sebagai terbaik. Syukur tiada apa yang buruk berlaku," kata Nayef yang juga memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.
Haji yang merupakan perhimpunan tahunan terbesar umat Islam pada tahun ini kebetulan bertembung dengan protes-protes demokrasi yang menyaksikan tiga pemimpin autokratik di Tunisia, Mesir dan Libya ditumbangkan.
Negara berfahaman Sunnah konservatif itu sedikit terjejas apabila puak Syiah mengadakan beberapa protes di wilayah timur beberapa bulan kebelakangan ini. Namun, ia dapat dipatahkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
"Kami ingin berterima kasih kepada semua jemaah haji yang membuktikan bahawa mereka menghormati ibadah ini dan memberi kerjasama sewajarnya," tambah Nayef. - AFP

No comments: