Pages

Wednesday, October 26, 2011

Sisa tsunami Jepun menuju ke Hawaii



SISA-sisa sampah dan barangan kesan daripada tsunami di Jepun kini menuju ke Hawaii dan gambar yang dirakam oleh anak kapal Rusia jelas menunjukkan ia dalam bilangan yang besar. - AGENSI


HONOLULU 25 Okt. - Dianggarkan sehingga 20 juta tan sampah sarap termasuk perabot, bot nelayan dan peti sejuk yang disedut ke Lautan Pasifik selepas gempa bumi dan tsunami di Jepun pada 11 Mac lalu sedang bergerak pantas menuju ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS).

Penyelidik di Universiti Hawaii menjangka sampah sarap itu menghampiri Pantai Barat AS dalam tempoh tiga tahun akan datang, lapor akhbar Daily Mail di United Kingdom, semalam.

"Secara kasarnya kami menganggarkan antara lima juta hingga 20 juta tan sampah sarap dihanyutkan dari Jepun," kata penyelidik Universiti Hawaii, Jan Hafner kepada stesen televisyen KITV di Hawaii.

Anak kapal di dalam kapal latihan Rusia, STS Pallada melihat sampah sarap itu 3,333 kilometer dari Jepun selepas mereka lalu di Kepulauan Midway, lapor Daily Mail.

"Mereka melihat beberapa buah perabot, sebilangan perkakas rumah, apa sahaja yang boleh terapung, dan mereka membawa naik sebuah bot nelayan," kata Hafner.

Perkataan 'Fukushima' dicat pada bot sepanjang enam meter itu.

"Itulah laporan pertama yang kami terima dan disahkan mengenai sampah sarap tsunami," kata saintis itu.

Gempa bumi 9.0 pada skala Richter dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 orang terbunuh atau hilang. - Agensi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: