Pages

Sunday, October 30, 2011

Terhumban dalam ladang

RANAP...anggota polis memeriksa   Toyota Alphard yang terbabit kemalangan yang mengorbankan dua orang. Gambar kecil V Genesin.
RANAP...anggota polis memeriksa Toyota Alphard yang terbabit kemalangan yang mengorbankan dua orang. Gambar kecil V Genesin.
KUALA LIPIS: Kegembiraan satu rombongan keluarga seramai 28 orang dari Kota Tinggi, Johor, meraikan cuti Deepavali dengan berkunjung ke pusat peranginan, Cameron Highlands, berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut manakala empat lagi parah selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Sungai Koyan-Raub, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.20 malam, M Sivagnanam, 29, dan SV Genesin, 51, meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pekan Sungai Koyan akibat cedera parah di kepala dan luka dalaman.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kedua-dua mangsa yang maut menaiki kenderaan Toyota Alphard bersama tujuh anggota keluarga lain yang dipandu anak Genesin.
Menurutnya, kenderaan yang terbabit kemalangan itu berada di belakang dua lagi kereta lain rombongan berkenaan apabila ia dipercayai hilang kawalan sebelum terhumban ke kawasan ladang tanaman semula kelapa sawit dan terbalik.

“Empat lagi mangsa yang menaiki kenderaan sama cedera parah dan tiga lagi hanya cedera ringan. Mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Inspektor Johnny James Bujang di talian 09-312 2222 untuk membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, anak saudara Genesin, M Letchumi, 34, berkata, sebelum kejadian, mereka sempat singgah di Raub untuk mengunjungi rumah saudara dan bertolak ke Cameron Highlands selepas makan malam.

“Genesin meminta anaknya memandu kenderaan kerana dia penat dan mengantuk akibat memandu dalam perjalanan jauh.
“Kereta saya naiki bersama sebuah lagi kereta berada di depan, manakala kereta dinaiki mendiang berada paling belakang,” katanya.

Katanya, ketika dalam perjalanan menuju ke Sungai Koyan mereka mendapati kereta Toyota Alphard yang dinaiki sembilan ahli keluarganya tidak kelihatan.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbit seorang daripada mereka dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

“Kami kemudian berpatah semula ke tempat kejadian dan cuba menyelamatkan mangsa yang parah dengan menghantar mereka ke Klinik Kesihatan Sungai Koyan. Namun, bapa saudara dan seorang lagi saudara kami disahkan meninggal dunia,” katanya.

myMetroTerhumban dalam ladang:

'via Blog this'

No comments: