Pages

Sunday, October 30, 2011

Banjir paksa penduduk jual emas





2011/10/30

Simpan sumber bekalan bimbang keadaan bencana alam di Thailand semakin buruk

BANGKOK: Penduduk Thailand dilaporkan mula mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menjual emas untuk ditukarkan dengan wang tunai selain menyimpan bekalan makanan dan air minuman berikutan keadaan banjir yang dilaporkan semakin buruk. 

Pelanggan di sekitar Bangkok datang ke kedai kami sama ada The Old Siam atau Wong Wian Yai untuk menjual emas. Mereka berpendapat lebih baik menyimpan wang tunai berbanding emas dalam keadaan kecemasan sekarang, kata Pengerusi MTS Gold Futures, Kritcharat Hirunyasiri yang
dipetik The Bangkok Post, semalam. Kedai kami biasanya tutup jam 5.30 petang tetapi kini kami melanjutkan operasi hampir jam 9 malam untuk menunggu wang tunai dari bank pusat berikutan overdraf wang tunai harian kami di bank sebanyak 500 juta baht (RM50 juta) tidak mencukupi.

Syarikat itu menjual kira-kira 3.5 tan emas sehari bernilai 7 bilion baht (RM70.71 juta) sejak Jumaat hingga Isnin, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding jualan biasa berikutan permintaan tinggi. 

Perniagaan kedai emas menyusut sehingga 40 peratus ketika banjir berikutan orang ramai lebih memerlukan wang tunai, kata Kritcharat. 

Pada masa Menteri Perdagangan Thailand, Kittiratt Na-Ranong menasihatkan pendudu tidak membeli telur jika harga terlalu mahal. 
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan peruncit dikatakan menjual telur sehingga 8 baht (80 sen) sebiji. 

Jika harga telur terlalu tinggi sehingga 8 baht sebiji, jangan beli. Cari makanan lain, katanya sambil menambah harga barang mahal berikutan kos termasuk pengangkutan kian meningkat. 

Jabatan Perlindungan Buruh dan Kebajikan melaporkan lebih 2,800 daripada 740,000 pekerja kehilangan pekerjaan disebabkan banjir buruk yang berterusan melanda Thailand sejak tiga bulan lalu. 

Bagaimanapun, kebanyakan majikan berjanji bahawa akan terus mengambil 280,000 pekerja berkenaan. 

Selain itu, 600,000 pekerja asing dilaporkan terperangkap di kawasan banjir menantikan bantuan bekalan selain terpaksa berhadapan dengan masalah pemotongan gaji berikutan kerugian yang dialami majikan mereka, kata sebuah kumpulan penasihat yang dipetik The Nation, semalam. 

Seramai 2,893 pekerja yang diberhentikan diberikan pampasan penuh di mana 343 daripada mereka adalah pekerja separuh masa dengan tiga syarikat manakala yang lain adalah pekerja sepenuh masa bersama enam firma. - Agensi 

No comments: