Pages

Tuesday, October 18, 2011

Keluarga Gaddafi larikan diri

Berita Harian Online | Keluarga Gaddafi larikan diri:




2011/10/18

PEMBERONTAK  melepaskan tembakan kepada penyokong Gaddafi  ketika pertempuran antara dua penyokong itu di Sirte, semalam.
PEMBERONTAK melepaskan tembakan kepada penyokong Gaddafi ketika pertempuran antara dua penyokong itu di Sirte, semalam.
Pertempuran antara penyokong, pemberontak di Sirte semakin buruk

SIRTE: Anggota keluarga dan orang kuat bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi, dilapor bertempiaran lari meninggalkan bandar raya itu semalam, termasuk ibu dan saudara lelaki jurucakap beliau Mussa Ibrahim, selepas serangan sengit tentera pemberontak semalam.
Panglima tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Wessam Hamaidi, berkata pasukannya melihat tujuh buah kereta yang dinaiki lelaki, wanita dan kanak-kanak dan dipandu laju meninggalkan bandar raya itu.
“Kami mengesan ibu dan abang Mussa Ibhraim berada di dalam salah sebuah kereta itu. Kami cuba mengejar dan mengepung mereka, tetapi kenderaan itu memecut laju,” katanya. Wartawan yang berada di tempat kejadian mengesahkan perkara itu.

Hamaidi yang bertanggungjawab dalam operasi tentera di timur Sirte berkata, antara penumpang termasuk mereka yang dikehendaki, tetapi bukan ‘orang penting’
“Strategi kami mengepung kawasan kediaman di bandar raya ini ternyata berkesan dan seperti yang dijangkakan ahli keluarga pegawai rejim terpaksa keluar dan meninggalkan bandar ini,” katanya.

Saksi berkata, sejurus selepas itu pejuang NTC melepaskan tembakan mesingan dan peluru mortar ke arah satu lagi kejiranan dipercayai menjadi kubu kuat penyokong setia Gaddafi dan kumpulan penembak curi.
“Pertempuran amat sengit,” kata seorang pejuang, Ahmad Fatala yang terkena tembakan peluru di pahanya dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital sementara yang dibina di zon peperangan.

Wakil NTC dari Sirte, Hassan al-Droe, memberitahu AFP bahawa sanak-saudara pegawai rejim Gaddafi mula meninggalkan Sirte pada sebelah pagi ketika keadaan lengang.

“Ramai anggota keluarga rejim itu meninggalkan dua kejiranan dengan menaiki 20 kereta,” kata Droe yang menambah, penumpang kenderaan adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak. – AFP

'via Blog this'

No comments: