Pages

Tuesday, October 18, 2011

Budak mangsa nahas tak diendah

myMetro | Budak mangsa nahas tak diendah:
BEIJING: Lebih 10 orang pengguna jalan raya membiarkan seorang budak perempuan terbaring nazak di tengah jalan selepas dua kali dilanggar kenderaan, lapor agensi berita Xinhua, semalam.

Insiden itu mencetuskan kemarahan meluas di China.


Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan, orang ramai tidak menghiraukan budak itu - dikenali sebagai Yue Tue - yang terbaring selepas dirempuh sebuah van.

Kemudian sebuah kenderaan lain turut menggilisnya sekali lagi di luar kedai milik keluarganya di bandar Foshan.


Seorang pengutip sampah akhirnya datang membantu Yue Yue dengan mengangkatnya ke tepi jalan sambil menjerit meminta bantuan.


Selepas tidak diendahkan, pengutip sampah itu mencari ibu mangsa sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Doktor berkata, kemungkinan besar Yue Yue gagal diselamatkan. - AFP

'via Blog this'

No comments: