Pages

Tuesday, October 18, 2011

AS penaja keganasan

TEHERAN: Setiausaha Majlis Tertinggi Keselamatan Iran (SNSC), Saeed Jalili semalam menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai penaja utama keganasan global.

“Kerajaan AS tidak boleh menutup sejarah keganasannya. Washington tidak boleh menyembunyikan 99 peratus bantahan dari dalam dan luar negara itu dengan bantuan senjata tentera, media dan tekanan ekonomi serta kewangan,” kata Saeed kepada wartawan.


Menurutnya, bantahan 99 peratus rakyat Amerika daripada pelbagai latar belakang kehidupan AS adalah masalah utama negara itu.

“Hari ini, rakyat Amerika tidak mahu lagi pendapatan mereka dibelanjakan untuk dasar kapitalis dan Zionis.

“Amerika Syarikat buat masa ini berdepan dengan krisis serius dan hanya satu peratus rakyat Amerika berusaha menentang bantahan itu menerusi penindasan dan penipuan,” kata Setiausaha SNSC itu.

Beliau juga berkata, selain penindasan tentera dan penipuan, pemimpin Amerika juga berusaha memesongkan pendapat umum.

Saeed berkata demikian sebagai merujuk kepada tuduhan Amerika Syarikat kononnya Teheran terbabit dalam rancangan membunuh duta Arab Saudi ke Washington, Adel Al-Jubeir dengan bantuan anggota kartel dadah Mexico.

Iran menafikan tuduhan itu dengan menyifatkannya sebagai sengaja direka oleh Washington yang berusaha untuk mengalihkan perhatian antarabangsa dari tunjuk perasaan antirasuah dan antikorporat yang melanda negara itu. - Agensi

'via Blog this'

No comments: