Pages

Tuesday, September 6, 2011

Saif punca rundingan gagal

WASHINGTON: Seorang daripada anak lelaki Muammar Gaddafi, Saadi, menyalahkan saudara kandungnya sebagai punca rundingan dengan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) gagal.
Dalam temu bual dengan stesen televisyen CNN, Saadi turut menyalahkan abangnya, Saif al-Islam, 39, kerana meninggalkan kubu terakhir mereka.

“Ucapan agresif Saif al-Islam beberapa hari lalu menyebabkan rundingan dengan NTC gagal dan membuka ruang kepada mereka melancarkan serangan,” katanya.

Ditanya mengenai lokasi semasanya, Saadi, 38, berkata dia berada “agak di luar” Bani Walid tetapi masih bergerak bebas di kawasan berkenaan.

Dia juga mendakwa tidak bertemu bapanya atau saudara kandung yang lain sejak dua bulan lalu.

“Saya berkecuali dan sedia membantu rundingan,” katanya. - AFP

No comments: