Pages

Tuesday, September 6, 2011

Pasukan keselamatan Syria gempur Hama, Homs

NICOSIA: Tentera Syria dan pasukan keselamatan semalam melancarkan serangan ke tengah Hama dan Homs sebelum mereka menembak mati sekurang-kurangnya dua orang.
Jurucakap Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, Omar Idlibi, berkata lebih 30 kenderaan pasukan keselamatan menyerbu Hama sebelum kedengaran bunyi tembakan senjata berat.

“Operasi sama diadakan di bandar Homs dan mereka menambak mati sekurang-kurangnya dua orang,” katanya.

Hama pernah digempur pada permulaan Ramadan pada 31 Julai lalu atas alasan mahu memerangi “kumpulan bersenjata.” Sekurang-kurangnya 100 terbunuh dan tentera hanya berundur 10 hari kemudian. Protes di Homs turut menyaksikan keganasan apabila 15 orang cedera selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan dalam operasi mereka.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia berkata, sekurang-kurangnya 24 terbunuh dalam pelbagai keganasan di seluruh Syria pada Ahad.

Kejadian itu berlaku ketika Presiden Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa, Jakob Kellenberger, melawat negara itu bagi mendapatkan akses kepada tahanan politik yang dikurung sejak lebih lima bulan lalu. - AFP

No comments: