Pages

Monday, September 5, 2011

Restoran di bulan


Lakaran artis menggambarkan restoran Domino's Pizza berharga AS2.2 bilion yang dirancang dibuka di bulan pada masa depan. - agensi



MICHIGAN 4 Sept. - Domino's Pizza, Inc. mendedahkan rancangan mereka untuk membuka cawangan restoran di bulan pada suatu hari nanti.
Syarikat itu sebelum ini telah pun melantik firma Maeda Corp. bagi merangka pelan pembinaan cawangan restoran itu di bulan.
Pembukaan restoran Domino's di bulan itu dianggarkan akan memakan kos berjumlah AS$2.2 bilion (RM6.5 bilion) dan memerlukan penghantaran 15 roket ke bulan untuk menghantar bahan binaan.
Syarikat itu juga merancang untuk membina kawasan rekreasi yang besar di dalam kompleks restoran itu dan kakitangannya perlu tinggal di bulan.
Jurucakap syarikat, Tomohide Matsunaga berkata, beliau percaya pada masa depan, terdapat ramai orang tinggal di bulan.
Katanya, ketika itu pelanggan boleh memilih sama ada mahu makan di restoran itu atau makanan dihantar kepada mereka oleh petugas Domino's yang memakai pakaian angkasa lepas.
Walaupun rancangan itu dianggap tidak masuk akal, pegawai-pegawai Domino's tetap berkeyakinan terhadap pelan masa depan itu.
Beliau, bagaimanapun mengaku akan menghadapi masalah logistik sebelum impian itu dapat dilaksanakan.
Beliau juga berkata, belum ada tarikh ditetapkan untuk pembinaan restoran pertama di bulan itu. - AGENSI

No comments: