Pages

Monday, September 5, 2011

Dua penunggang maut dirempuh kereta

KUANTAN — Dua penunggang motosikal berasingan terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta dari arah belakang di Km5, Jalan Kuantan-Gambang di sini pagi tadi.
H. Palanibelu, 20, dari Perkampungan Cenderawasih, dan seorang lagi penunggang, Muhammmad Roodzi Yusuf, 17, kedua-duanya mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt. Zulkifli Taha berkata, dalam kejadian 8.30 pagi itu, sebuah Proton Wira yang dipandu laju itu datang dari arah belakang, tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh kedua-dua motosikal berkenaan.
Pemandu kereta itu cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, katanya. — Bernama

No comments: