Pages

Sunday, August 7, 2011

Militan Shebab tinggalkan kedudukan di Mogadishu

MOGADISHU: Ibu negara Somalia diisytihar “bebas sepenuhnya” daripada penguasaan pemberontak Shebab, kata Presiden Sharif Sheikh Ahmed, semalam.
“Mogadishu kini dibebaskan sepenuhnya daripada musuh dan seluruh Somalia juga akan dibebaskan,” katanya kepada media.

Kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda itu dilaporkan meninggalkan kedudukan utama mereka di Mogadishu sejak kelmarin.

Lokasi itu kemudian dikawal tentera kerajaan.

Kata Sharif, kerajaan amat gembira dengan perkembangan itu yang dicapai hasil perjuangan getir tentera Somalia terhadap pemberontak.

Somalia dengan sokongan tentera Kesatuan Afrika memerangi kumpulan Shebab di Mogadishu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disampaikan kepada mangsa perang di situ.


Dianggarkan kira-kira 12 juta warga Somalia berdepan masalah kebuluran akibat krisis di negara berkenaan. Kata Sharif, Somalia berdepan dengan dua musuh ketika ini.

“Satu daripadanya ialah Shebab, manakala satu lagi ialah penjenayah di kalangan penduduk setempat yang merompak orang awam,” katanya. - AFPhmetro

No comments: