Pages

Wednesday, August 31, 2011

Anak Gaddafi lahir anak di Algeria

TRIPOLI: Anak perempuan Muammar Gaddafi melahirkan anak perempuan di Algeria ketika pihak berkuasa negara itu berkata ia memutus untuk memberi perlindungan kepada isteri dan tiga anak bekas pemimpin Libya berkenaan semata-mata atas alasan kemanusiaan.
Aisha melahirkan anaknya awal pagi, kata seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar Algeria, Amar Belani menegaskan, Asiha, abangnya, Mohammed dan Hannibal serta ibu mereka, Safiya, isteri kedua Gaddafi, dibenarkan memasuki negara itu semata-mata kerana alasan kemanusiaan.

“Kami sudah memaklumkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden Majlis Keselamatan badan dunia itu dan Presiden Majlis Eksekutif Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Libya,” katanya.

Belani memberitahu demikian sebagai mengulas permintaan NTC supaya keluarga Gaddafi dihantar pulang.

Selepas Kementerian Luar Algeria mengumumkan ketibaan keluarga bekas pemimpin Libya itu, Menteri Kehakiman pemberontak, Mohammed al-Allagya memberitahu wartawan, pihak berkuasa Algeria akan diminta menghantar mereka pulang ke Libya.


Jurucakap kerajaan pemberontak, Mahmud Shammam berkata sebelum ini, NTC telah dimaklumkan oleh Algeria mengenai ketibaan keluarga itu.

“Kami mahu mereka pulang,” katanya.kosmo

No comments: