Pages

Tuesday, August 9, 2011

Ahli akrobat China berjalan antara dua belon

DETIK MENCEMASKAN...Saimaiti menyeberangi tali yang diregangkan di antara dua belon panas di Hunan, semalam.
DETIK MENCEMASKAN...Saimaiti menyeberangi tali yang diregangkan di antara dua belon panas di Hunan, semalam.
CHANGSHA (Hunan): Ahli akrobatik terkemuka China, Saimaiti Aishan, berjaya berjalan di atas tali sepanjang 15 meter yang diregangkan di antara dua belon panas di atas ketinggian 30.5 meter (100 kaki), semalam. Lelaki keturunan Uighur berusia 27 tahun itu melakukan aksi ngeri berkenaan sebagai persediaan awal untuk cuba mencipta rekod baru dunia dengan berjalan di atas tali yang diikat pada belon panas pada ketinggian 198 meter (650 kaki). Dalam percubaannya semalam, Saimaiti dilaporkan berdepan beberapa masalah, memaksanya duduk seketika di pertengahan laluan.
Tindakan itu dibuat bagi membolehkan Saimaiti mengatasi masalah pada kayu pengimbangnya.
Sebaik saja dia berjaya melintas, orang ramai yang berkumpul menyaksikan lagak ngeri itu memberikan tepukan gemuruh. Orang ramai kemudian cemas apabila Saimaiti tergelincir sedikit ketika dia meraikan kejayaannya tiba di bakul belon panas berkenaan. Ekoran kejayaan itu, Saimaiti cuba pula berjalan pada ketinggian 100 meter atau separuh daripada ketinggian akhir yang ingin dicubanya bagi membolehkan namanya dicatat dalam Guinness World Record untuk kali keempat. Bagaimanapun, Saimaiti yang digelar Putera Tali Regang itu gagal dalam percubaannya. Menurut media, Saimaiti adalah generasi ketujuh daripada keluarga aksi lagak ngeri Uighur yang memang sering mempamerkan kebolehan akrobatik mereka dengan berjalan di atas tali. - MOLhmetro

No comments: