Pages

Tuesday, August 9, 2011

160 perusuh di London ditahan

SEORANG pekerja pasar raya di Enfield yang dipecah masuk perusuh dalam rusuhan di utara London, kelmarin.
SEORANG pekerja pasar raya di Enfield yang dipecah masuk perusuh dalam rusuhan di utara London, kelmarin.

Keganasan timbul soal tahap keselamatan menjelang Sukan Olimpik 2012
 LONDON: Polis menahan 160 orang yang terbabit dalam rusuhan dan samun di utara London semalam, ketika keganasan baru tercetus dan merebak ke bahagian lain di ibu negara Britain itu. Pegawai kanan polis Christine Jones, berkata 35 pegawainya cedera, termasuk tiga orang yang dilanggar kereta ketika cuba menahan penunjuk perasaan di timur London. Beliau berkata, kumpulan belia menyamun kedai, menyerang pegawai polis dan membakar kenderaan dalam keganasan yang menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan bandar raya itu menjelang Sukan Olimpik 2012. Christine berkata, pihaknya ‘terkejut’ dengan tahap keganasan dan kemarahan yang ditunjukkan penunjuk perasaan ke atas polis. “Sebilangan mereka melempar bom petrol ke arah polis, manakala yang lain menyerang anggota kami dengan kayu besbal dan batang besi. Keganasan juga merebak ke bahagian lain di London, termasuk kawasan tarikan pelancongan dan pusat beli belah utama di Oxford Circus,” katanya.
Keadaan di Tottenham dilaporkan tenang malam semalam, namun keganasan merebak ke Walthamstow Central di timur London, apabila 30 belia mencuri dan merosakkan kedai. Satu kumpulan lagi membakar beberapa kedai di Brixton di selatan London menakala 50 orang berhimpun di Oxford Circus sebelum bertindak merosakkan harta benda di kawasan itu. Kekacauan juga berlaku di Enfield yang terletak lapan kilometer ke utara Tottenham. Rakaman televisyen menunjukkan rusuhan berlaku manakala semakin ramai polis meronda di jalan raya. “Kami menempatkan pegawai tambahan di seluruh London dan membuat pemantauan rapi bagi mengelak keganasan daripada berterusan,” katanya. Sementara itu Jabatan bomba London dalam satu kenyataan berkata, ia menerima 49 panggilan kebakaran di Tottenham tetapi tiada anggota cedera. Laman web sosial dibanjiri khabar angin rusuhan lain bermula atau dirancang di bahagian lain tetapi polis memberi amaran supaya tidak mempercayainya. – AP bharian

No comments: