Pages

Thursday, July 14, 2011

Operasi selamatkan lelaki terbenam dalam lumpur


SEORANG lelaki duduk selepas kakinya terbenam dalam lumpur di Sungai Axe dekat Weston-Super-Mare, Britain pada Sabtu lalu.


WESTON-SUPER-MARE, Britain - Seorang pelancong lelaki dan dua rakannya diselamatkan dalam satu operasi besar-besaran selepas kaki mereka terbenam dalam lumpur di Sungai Axe dekat sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Beberapa pejalan kaki mendengar jeritan mereka meminta pertolongan menyebabkan satu operasi menyelamat dilakukan melibatkan beberapa pengawal pantai, paramedik dan sebuah helikopter polis.

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, mereka cuba untuk menyeberangi Sungai Axe.

Ketiga-tiga mereka ditemui kira-kira 0.8 kilometer dari tebing sungai oleh pasukan penyelamat.

Namun, mereka akhirnya berjaya menyelamatkan diri masing-masing dua jam kemudian apabila mampu berjalan semula namun tubuh ketiga-tiganya dipenuhi lumpur.

Seorang pegawai pengawal pantai, Steve Bird berkata, ketiga-tiga lelaki itu cuba untuk menyeberangi sungai semasa sungai cetek.

"Anda boleh terperangkap apabila air pasang dan terdapat risiko lemas," katanya. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

No comments: