Pages

Monday, July 18, 2011

Gabenor gesa restoran saji haiwan mati disiasat

MADINAH: Gabenor Madinah, Putera Abdul Aziz bin Majed, mengarahkan pihak berkuasa majlis bandar raya itu supaya menyiasat pekerja di sebuah restoran yang ditutup kerana menghidangkan daging yang tercemar kepada pelanggan.

Pegawai majlis bandar raya menyerbu restoran Al-Dahabi yang didakwa pekerjanya membeli kambing yang sakit pada harga murah dan kadangkala menyediakan hidangan daging daripada haiwan yang sudah lama mati. Putera Abdul Aziz mengarahkan penahanan ke atas semua yang terbabit dengan restoran berkenaan dan dirujuk kepada Suruhanjaya Siasatan dan Pendakwaan Awam.


Beliau juga mengarahkan majlis bandar raya Madinah meneruskan pemeriksaan di semua restoran bagi memastikan pemiliknya mematuhi standard kesihatan. Menurutnya, tiada kelonggaran diberikan kepada mereka yang melanggar undang-undang dan mempertaruhkan kesihatan orang ramai. Tindakan tegas akan dikenakan ke atas pihak yang bersalah. Abdul Aziz berkata, orang ramai perlu memainkan peranan melaporkan restoran yang melanggar undang-undang.

Restoran Al-Dahabi ditutup sejurus selepas serbuan minggu lalu. Pekerja restoran adalah rakyat tempatan dan empat daripada mereka tidak memiliki sijil kesihatan.


Beberapa kambing yang sakit turut ditemui ketika serbuan. - SG

myMetro | Gabenor gesa restoran saji haiwan mati disiasat

No comments: