Pages

Saturday, June 4, 2011

Presiden Yemen dirawat di hospital tentera

SANAA 4 Jun - Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh dirawat di hospital milik Kementerian Pertahanan di bandar ini selepas mengalami kecederaan dalam serangan meriam ke atas Istana Presiden semalam, kata ketua parti pemerintah.

Saleh bersama Perdana Menteri, Ali Mohammed Mujawar dan ketua majlis perunding, Abdulaziz Abdulghani, sedang dirawat di hospital yang sama, kata pegawai tanpa memberi butiran lanjut.

Pasukan perubatan berkata, Mujawar mengalami kecederaan melecur di muka namun tiada maklumat mengenai keadaan Saleh. Pegawai daripada parti pemerintah sebelum itu memberitahu, Saleh mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala. - AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini

No comments: