Pages

Monday, June 20, 2011

Polis rampas 444kg kokain dalam kapal layar mewah


BUENOS AIRES: Polis Argentina berjaya merampas 444 kilogram kokain dan sejumlah senjata dari sebuah kapal layar mewah membawa bendera Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa semalam.
Menteri Keselamatan Argentina, Nilda Garre, berkata ketika serbuan dibuat, kapal layar itu berlabuh di pelabuhan Buenos Aires. Katanya, dua lelaki Sepanyol yang mengendalikan kapal layar itu sempat melarikan diri sejurus sebelum serbuan berkenaan dilakukan lewat Jumaat lalu.

“Pihak berkuasa diberi maklumat mengenai dadah berkenaan selepas kapal layar itu mengubah haluan daripada laluan sepatutnya kerana mengalami kerosakan,” katanya.

Sementara itu, pegawai Pengawal Pantai Argentina, Oscar Arce, berkata beberapa senjata api ditemui dalam kapal layar itu, termasuk selaras mesingan yang sedia digunakan.

“Kapal layar itu mempunyai kemampuan berlayar melintasi Lautan Atlantik dan dipercayai dalam perjalanan ke Eropah,” katanya. - AFP

myMetro | Polis rampas 444kg kokain dalam kapal layar mewah

No comments: