Pages

Monday, June 20, 2011

Kelab Taat Suami dilancar di Indonesia



JAKARTA - Sebuah kelab baharu di Indonesia yang menggalakkan wanita untuk benar-benar taat kepada suami mereka dan memberi tumpuan terhadap kepuasan seksual telah mendapat bantahan dalam kalangan beberapa aktivis.
Kelab Taat Suami cawangan Indonesia mendakwa mempunyai 300 ahli di beberapa bandar raya di negara ini.
Ia merupakan cawangan Kelab Isteri Taat yang ditubuhan di Malaysia awal bulan ini.
Ketua kumpulan, Gina Puspita memberitahu, kelab tersebut turut menawarkan pakej pembelajaran termasuk bagaimana cara terbaik untuk melayan suami di atas katil.
"Seorang isteri haruslah taat seratus peratus kepada suami terutamanya layanan seks," katanya.
Kira-kira 50 wanita dan suami masing-masing hadir ketika majlis perasmian cawangan kelab di Indonesia itu diadakan di sebuah restoran di selatan Jakarta.
Penganjur juga mendakwa mereka boleh mengatasi masalah pelacuran dan perceraian apabila memberi tunjuk ajar kepada wanita untuk membolehkan suami sentiasa gembira di bilik tidur.
Pesuruhjaya sebuah pertubuhan hak asasi wanita di Indonesia, Husein Muhammad berkata semalam: "Kelab seperti ini adalah sia-sia dan ia tidak akan mendapat sokongan di negara ini. Ketaatan haruslah datang daripada kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri."
Pada tahun 2009, kumpulan yang sama di belakang Kelab Isteri Taat telah menubuhkan Kelab Poligami di Indonesia. - AP
Kosmo! Online - Dunia

No comments: