Pages

Tuesday, June 28, 2011

Loji nuklear Amerika Syarikat diancam bah


PANDANGAN dari udara keadaan banjir di sekeliling loji nuklear Fort Calhoun ekoran air melimpah di Sungai Missouri, timur Nebraska.
PANDANGAN dari udara keadaan banjir di sekeliling loji nuklear Fort Calhoun ekoran air melimpah di Sungai Missouri, timur Nebraska.


WASHINGTON: Hujan pada hujung minggu menyebabkan air Sungai Missouri naik mengelilingi bangunan penyimpanan dan kawasan penting lain di loji nuklear Nebraska tetapi sistem rektor tidak terjejas buat masa ini.

Suruhanjaya Peraturan Nuklear Amerika (NRC) berkata, kebocoran pada tebing gelembung penyekat air setinggi 600 meter itu di sekeliling stesen Fort Calhoun terjadi kira-kira jam 1.25 pagi waktu tempatan.
Lebih 60 sentimeter air keluar di kawasan bangunan penyimpanan dan kemudahan alat menukar voltan elektrik pada 478 megawatt yang terletak 30 kilometer utara Omaha.
Reaktor menutup kolam penyejukan dan bahan bakar tidak terjejas, kata NRC. Loji yang dikendalikan Omaha Public Power District ditutup sejak April untuk mengisi bahan bakar.

Krew mengaktifkan penjana kuasa diesel selepas pelanggaran itu tetapi mengembalikan kuasa elektrik kepada normal petang kelmarin, kata NRC.

Bangunan di loji Fort Calhoun kedap air, kata agensi. Difahamkan punca kebocoran gelembung sementara pada tebing itu masih disiasat. Pengerusi NRC, Gregory Jaczko dan beberapa pegawai melawat loji itu semalam.

Jaczko turut melawat Stesen Nuklear Cooper berdekatan Brownville, Nebraska, satu lagi loji yang dipantau berikutan peningkatan paras air Sungai Missouri dan kecairan salji.
Tetapi, paras air di kawasan yang terletak 130 kilometer selatan Omaha menyusut, menghapuskan kebimbangan air akan naik lagi di loji Brownville. – Reuters. Berita Harian Online | Loji nuklear Amerika Syarikat diancam bah

No comments: