Pages

Tuesday, June 21, 2011

Kerajaan baru Palestin ditunda


RAMALLAH: Rancangan untuk mengumumkan kerajaan campuran baru Palestin hari ini ditangguhkan selepas Fatah dan Hamas gagal bersetuju terhadap calon perdana menteri.
Fatah yang diketuai Presiden Mahmoud Abbas yang mendapat sokongan Barat, mencalonkan Salam Fayyad, bekas pakar ekonomi Bank Dunia yang dihormati di peringkat antarabangsa dan kini mengetuai kerajaan Palestin di Tebing Barat.

Bagaimanapun, Hamas, yang menguasai Semenanjung Gaza menolak cadangan itu kerana menuduh Salam bekerjasama dengan Israel mengepung wilayah berkenaan. - Reuters

myMetro | Kerajaan baru Palestin ditunda

No comments: