Pages

Thursday, June 30, 2011

Iran uji misil bawa bom nuklear




ANTARA satu daripada  14 misil yang dilancarkan Iran dalam satu latihan, baru-baru ini.
ANTARA satu daripada 14 misil yang dilancarkan Iran dalam satu latihan, baru-baru ini.

Peluru berpandu mampu sasar Israel

LONDON: Iran dilaporkan sudah melaksanakan ujian rahsia peluru berpandu yang boleh membawa bom nuklear yang menurut Setiausaha Pertahanan Britain, William Hague, satu tindakan yang melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kenyataan Hague itu dibuat sehari selepas pasukan elit, Pengawal Revolusi Iran berkata, ia berjaya melancarkan 14 misil dalam satu latihan, antara satu daripadanya berupaya menyasarkan Israel atau kemudahan Amerika Syarikat di perairan Teluk.
Dalam satu kenyataan kepada Ahli Parlimen, Hague berkata: “Iran sudah melaksanakan ujian rahsia misil balistik dan pelancaran roket, termasuk menguji misil yang boleh membawa bom nuklear, sekali gus melanggar resolusi PBB 1929.”

Beliau berkata, Iran juga sudah mengumumkan rancangannya untuk meningkatkan tiga kali ganda keupayaannya mengeluarkan uranium diperkayakan 20 peratus.

“Paras ini lebih tinggi daripada keperluan penggunaan kuasa nuklear secara aman. Kami akan meneruskan tekanan terhadap Teheran agar duduk berunding berhubung program nuklearnya,” katanya.

Kelmarin jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland, berkata Iran bertindak bongkak berhubung asetnya, tetapi tidak menyatakan sama ada Washington berpendapat misil itu boleh membawa bom nuklear.
Program misil Iran yang dikawal Pengawal Revolusi dan program angkasa lepas negara Teluk membimbangkan negara Barat.

Negara Barat mencurigai kenyataan Iran bahawa program nuklearnya untuk kegunaan awam, sebaliknya mendakwa ia sebenarnya untuk membangunkan senjata nuklear. – AFP
Berita Harian Online | Iran uji misil bawa bom nuklear

No comments: