Pages

Saturday, May 28, 2011

Rejim Libya tawar perjanjian damai bukan gulingkan Gaddafi

TRIPOLI: Pemerintah Libya telah menawarkan perjanjian damai tetapi bukan pengunduran pemimpin Encik Muammar Gaddafi.

Sementara itu sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan ibu negara Libya, Tripoli, awal pagi semalam dengan kawasan sasaran jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) masih tertumpu di kediaman Encik Gaddafi.
'Kami telah meminta PBB dan Kesatuan Afrika untuk menetapkan tarikh dan masa bagi gencatan senjata, bagi menghantar pemantau antarabangsa dan mengambil tindakan sewajarnya (bagi menghentikan pertempuran),' kata Perdana Menteri Libya, Encik Baghdadi al-Mahmudi.Kelmarin, para pemimpin Afrika yang berhimpun di ibu kota Habsyah, Addis Ababa, telah menggesa Nato menghentikan serangan udara ke atas Libya.Bagaimanapun, Nato enggan berbuat demikian selagi pasukan keselamatan Libya masih menyerang orang awam.Encik Mahmudi berkata sebelum ini, gencatan senjata yang diumumkan oleh rejim itu 'tidak dihormati oleh mana-mana pihak'.Kali ini, pihaknya mahu 'semua pihak berhenti bertempur, terutamanya Nato', kata beliau.Beliau bagaimanapun menolak kemungkinan gulingkan Encik Gaddafi.'Muammar Gaddafi berada dalam hati semua rakyat Libya. Jika beliau pergi, mereka juga semua akan pergi,' tambah Encik Mahmudi.Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Mark Toner, bagaimanapun berkata tawaran gencatan senjata itu tidak akan mendatangkan sebarang perubahan.'Prinsip asas kami belum berubah. Gaddafi harus meletak jawatan dulu,' kata Encik Toner.Sementara itu, Russia berkata ia telah dihubungi oleh rejim Libya bagi menjadi orang tengah dalam rundingan damai itu.Jurucakap Rumah Putih juga berkata Presiden Barack Obama telah berbincang dengan rakan sejawatannya, Encik Dmitry Medvedev, berkaitan peranan Russia mengekalkan hubungan dengan Tripoli.Dalam perkembangan berkaitan, Britain pula telah mengesahkan yang ia akan mengerahkan helikopter Apache menyerang Libya. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

No comments: