Pages

Monday, May 9, 2011

'Osama kelihatan tua, tak bermaya'


VIDEO menunjukkan Osama sedang memegang alat kawalan jauh ketika menonton  televisyen.
VIDEO menunjukkan Osama sedang memegang alat kawalan jauh ketika menonton televisyen.

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilihat cuba mengurangkan mistik di sebalik kehidupan Osama bin Laden dengan menyiarkan video menunjukkan pemimpin al-Qaeda itu menonton dirinya di televisyen, kelihatan tua, biasa dan tidak bermaya. 

Dalam rakaman paling luar biasa daripada lima video dirampas dari rumah persembunyian ketua kumpulan al-Qaeda itu yang disiarkan kepada umum semalam, Osama kelihatan duduk dengan ditutupi selimut coklat dan topi musim sejuk, melihat ke arah rakaman berita televisyen mengenai dirinya sambil memegang alat kawalan jauh di tangan kanannya.
Janggut Allahyarham kelihatan kelabu dan beliau lebih tua dari usianya. Beliau duduk dalam biliknya, bermain-main janggutnya dan bersandar sambil menonton televisyen.
Al-Qaeda sentiasa menonjolkan imej Osama, 54 ketika dibunuh, yang tidak takut mati dan wira yang suci berkuasa, tetapi pemimpin kumpulan itu kelihatan dalam video berkenaan seperti orang biasa, sambil menonton dirinya di siaran berita. 

“Saya rasa jelas apa yang mereka cuba lakukan adalah mengurangkan misteri ikon ini yang mengganas di seluruh dunia sejak 10 tahun lalu, bagi menunjukkan fakta bahawa beliau bukanlah terlalu besar,” kata Mark Kimmit, seorang brigadier jeneral bersara tentera AS. – AFP
bharian

No comments: