KEBAKARAN awal pagi tadi yang memusnahkan aras empat rumah Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Jalan Duta, Kuala Lumpur, 8 Mei 2011. UTUSAN/RASHID MAHFOF |
"Saya sedang tidur sebelum anak saya Tengku Muhammad Hafis yang berusia 15 tahun kejutkan dari tidur, dia mengadu sebuah pendingin hawa di biliknya terbakar.
"Saya kemudiannya bergegas memeriksa biliknya yang terletak ditingkat empat. Saya cuba untuk memadam api namun ia merebak dengan begitu cepat dan akhirnya saya mengarahkan semua anggota keluarga untuk keluar dari rumah," katanya sambil menyatakan beliau segera memaklumkan kebakaran berkenaan kepada pihak bomba.
Unit pemadam kebakaran pertama tiba di lokasi pada pukul 6.05 pagi.
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, tingkat empat banglonya itu musnah teruk serta beberapa bahagian lain juga rosak.
"Syukur, kesemua 16 orang penghuni rumah ini terselamat," katnya sambil menambah bahawa beliau tidak pasti jumlah kerosakan sebenar akbiat insiden itu.
No comments:
Post a Comment