Pages

Monday, May 9, 2011

Anak Kartika Sari ditemui lemas di Sungai Perak


KARTIKA Sari Dewi Shukarnor (kiri) tidak dapat menahan kesedihannya ketika menunggu jenazah anak sulungnya, Muhammad Azfar, 9, (gambar kecil) di perkarangan rumah mayat Hospital Sungai Siput, hari ini. Mangsa yang dilapor hilang dua hari lalu, ditemui lemas di Sungai Perak, Sungai Siput awal hari ini. - Foto Ikhwan Munir

SUNGAI SIPUT: Mayat anak sulung bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi, yang dilapor hilang dua hari lalu, ditemui terapung di Sungai Perak di sini awal hari ini. 


Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim, berkata mayat Muhammad Azfar Mohamad Afandi, 9, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 1 pagi tadi, kira kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.
"Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan dijangka dituntut keluarganya tengah hari ini untuk dikebumikan di Kampung Jawang, Karai," katanya ketika dihubungi.
Azman berkata, kanak-kanak itu disedari hilang oleh keluarganya pada 12 tengah hari Jumaat lalu ketika tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai tersebut. 

Katanya, gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), RELA dan penduduk kampung dilakukan sejurus menerima laporan kehilangannya. - BERNAMA ,bharian

No comments: