Pages

Wednesday, March 2, 2011

Rakyat tewaskan tentera kerajaan


PEMIMPIN ZALIM...penunjuk perasaan mengoyakkan poster Gaddafi di bandar raya Benghazi, ketika pemimpin dunia terus meningkatkan tekanan untuk mendesak pemimpin Libya itu berundur.
PEMIMPIN ZALIM...penunjuk perasaan mengoyakkan poster Gaddafi di bandar raya Benghazi, ketika pemimpin dunia terus meningkatkan tekanan untuk mendesak pemimpin Libya itu berundur.


TRIPOLI: Penentang kerajaan berjaya menghalang cubaan tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi untuk merampas semula bandar Zawiya selepas bertempur selama enam jam, kata saksi semalam.
Pemberontak - termasuk tentera yang berpaling tadah - menggunakan kereta kebal, mesingan dan senjata antipesawat menghadapi serangan penyokong Gaddafi yang juga menggunakan senjata sama.

Kata saksi, bandar paling hampir dengan ibu negara Libya itu diserang dari enam arah tetapi tiada laporan kematian diterima.

Zawiya terletak kira-kira 50 kilometer di barat Tripoli.

Cubaan sama dilakukan tentera pro-Gaddafi pada malam kelmarin ke atas bandar Misrata, bandar ketiga terbesar di Libya dan terletak 200 kilometer di timur Tripoli.


Bagaimanapun, cubaan itu digagalkan penentang kerajaan.

Pemberontak berkata, mereka tidak akan mengalah walau apa pun terjadi.

“Kami tahu bandar ini sangat strategik dan penyokong Gaddafi berjuang mahu menguasainya.

“Mereka berjaya ditewaskan kerana kami bersemangat tinggi, manakala mereka langsung tidak bersemangat,” katanya.

Gaddafi yang menjadi pemimpin Libya sejak 41 tahun lalu kini hanya menguasai Tripoli dan bandar berhampiran, manakala selebihnya jatuh ke tangan pemberontak.


Kata saksi, pemuda Zawiya ditempatkan di bumbung bangunan tinggi bagi memantau setiap pergerakan tentera pro-Gaddafi.


Saksi juga mendakwa, rejim Gaddafi menawarkan wang lumayan kepada pemberontak supaya menyerahkan semula bandar berkenaan.


Kelmarin, rejim Gaddafi cuba menunjukkan mereka adalah pihak berkuasa yang sah dengan menghantar 18 lori sarat berisi tepung gandum, gula dan telur ke Benghazi - bandar kedua terbesar Libya. - APmyMetro | Rakyat tewaskan tentera kerajaan

No comments: