Pages

Wednesday, March 2, 2011

Laga anjing popular di pedalaman Pakistan







DUA ekor anjing berlaga dalam satu pertandingan di daerah Abbottabad, Pakistan pada Ahad lalu.



ISLAMABAD - Aktiviti laga anjing merupakan hobi popular di kawasan pedalaman Pakistan yang menempatkan 70 peratus daripada 167 juta penduduk negara berkenaan.
Di sebuah kampung di daerah Abbottabad, wilayah Abbottabad, pada Ahad lalu, dua ekor anjing diletakkan dalam sebuah gelanggang yang dikelilingi sejumlah penonton.
Orang ramai bersorak apabila anjing-anjing mula bergaduh.
Anjing-anjing itu akan dibiarkan 'berlaga' sehingga seekor daripadanya mati atau tidak berdaya.
Hobi laga anjing diharamkan di Pakistan tetapi amaran pihak berkuasa sering kali tidak dipedulikan oleh penduduk setempat. - AgensiKosmo! Online - DuniaKosmo! Online - Dunia

No comments: