Pages

Thursday, February 17, 2011

Mubarak enggan tinggalkan Mesir hingga mati





2011/02/17

SHARM EL-SHEIKH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ditawarkan ke Arab Saudi tetapi menolaknya kerana sudah berputus asa dan mahu mati di resort Laut Merah di Sharm el-Sheikh di mana beliau menginap sejak digulingkan. 

Mubarak, 82, yang menderita akibat masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu, menjalani pembedahan hempedu di Jerman Mac lalu.
Pegawai rasmi di Arab Saudi berkata negara itu menawarkan tempat untuk Mubarak tetapi beliau tetap mahu berada di Mesir sehingga digulingkan.
“Beliau belum mati tetapi tidak sihat langsung, malah enggan meninggalkan negara. Pada dasarnya, beliau sudah putus asa dan mahu mati di Sharm,” kata pegawai rasmi Arab Saudi yang enggan namanya disiarkan. 

Mubarak bersumpah akan mati di Mesir semasa beliau berucap di hadapan 80 juta rakyatnya semasa masih dalam pemerintahan. 

Sumber yang rapat dengan keluarga Mubarak berkata bekas presiden itu berada dalam keadaan baik dan masih menjawab telefon. 

Mubarak banyak menghabiskan masa di kediamannya di Sharm el-Sheikh di akhir tempohnya sebagai pemimpin untuk mendapatkan udara bersih dan angin laut bagi memulihkan penyakitnya. 
Di seberang laut, pelancong boleh melihat persisiran pantai Arab Saudi di mana bekas Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali terbang ke negara itu selepas digulingkan. 

Pengalaman Tunisia turut memberi ilham kepada per gerakan bantahan di Mesir yang menyebabkan peletakan jawatan Mubarak. 

Di bandar hujung semenanjung Sinai ini, Mubarak pernah menerima kunjungan pemimpin dunia dan ia menjadi pentas bagi persidangan antarabangsa dan rundingan damai Israel - Palestin. 

Mereka yang kecewa dengan pemerintahan kuku besi Mubarak menyifatkan Sharm el Sheikh sebagai bandar bekas pemimpin itu mengasingkan diri daripada kekusutan yang melanda rakyat Mesir biasa. – Reuters 

No comments: