Pages

Wednesday, February 2, 2011

Generasi muda tuntut corak masa depan Mesir

Foto
PENYOKONG Mubarak mengangkat slogan menyokong presiden itu ketika berarak di Kaherah.
Foto
SEORANG penunjuk perasaan membawa gambar Mubarak dilukis seperti pemimpin diktator Jerman, Adolf Hitler.

Foto
KENDERAAN tentera mengawal Dataran Tahrir di Kaherah daripada penunjuk perasaan.




2011/02/02


  • Foto
    KENDERAAN tentera mengawal Dataran Tahrir di Kaherah daripada penunjuk perasaan.
  • Foto
    DUA gambar menunjukkan penunjuk perasaan mula berhimpun di Dataran Tahrir pada waktu pagi (bawah) dan lokasi sama terus dibanjiri penunjuk perasaan pada sebelah petang (atas).
    Foto
    SEORANG penunjuk perasaan membawa gambar Mubarak dilukis seperti pemimpin diktator Jerman, Adolf Hitler.


  • Foto
    SEORANG penunjuk perasaan membawa gambar Mubarak dilukis seperti pemimpin diktator Jerman, Adolf Hitler.
  • Foto
    PENYOKONG Mubarak mengangkat slogan menyokong presiden itu ketika berarak di Kaherah.
Remaja liberal mahu peranan lebih besar selepas Mubarak undur

KAHERAH: Kumpulan remaja yang melancarkan tunjuk perasaan demokrasi Mesir sejak seminggu lalu melalui laman sosial Facebook dan Twitter berkata generasi muda harus diberi peranan lebih penting dalam menentukan masa depan negara itu selepas Presiden Hosni Mubarak berundur.




“Remaja liberal perlu diberi peranan lebih besar kerana kamilah yang memulakan bantahan popular ini, sebelum parti pembangkang lain turut serta,” kata seorang doktor bedah Shadi Ghazali Harb, 32.
Ghazali Harb ditahan beberapa bulan lalu dengan beberapa orang lagi aktivis apabila mereka menampal poster mendesak naib presiden Omar Suleiman mengambil alih kepimpinan negara dari Mubarak.

Perjuangan mereka itu mula mendapat sokongan ramai selepas kumpulan itu mendesak rakyat Mesir keluar membantah. 

Penganjur tunjuk perasaan itu termasuk Pergerakan 6 April dilancarkan selepas tunjuk perasaan ganas di bandar Mahalla pada 2008, Pergerakan Kebebasan dan Keadilan dan pergerakan yang menyokong tokoh pembangkang dan bekas ketua badan atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamed ElBaradei.

Satu lagi kumpulan remaja yang terbabit dalam penganjuran tunjuk perasaan besar-besaran itu ialah pergerakan “Kita Semua Khaled Said” yang dinamakan sempena nama seorang remaja berusia 28 tahun yang maut dibelasah polis di tengah-tengah jalan sibuk di Iskandariah. 
Kumpulan “Kita Semua Khaled Said” itu mempunyai hampir setengah juta ahli Facebook.

Penganjur tunjuk perasaan itu semalam berjaya menghimpunkan hampir dua juta orang di dataran Tahrir di tengah-tengah Kaherah bagi mendesak Mubarak meletak jawatan.

Tentera yang mengawal dataran itu dan lokasi strategik di Kaherah tidak menghalang orang ramai menghadiri perhimpunan berkenaan. 

Ghazali Harb berkata perbincangan sedang diadakan untuk melantik seorang atau sekumpulan untuk mewakili beberapa kumpulan remaja yang terbabit dalam tunjuk perasaan berkenaan bagi mengadakan rundingan dengan kerajaan.

Namun pemimpin kumpulan remaja itu berkata pergerakan mereka tidak akan berunding dengan kerajaan selagi Mubarak tidak berundur.

Beliau berkata tiga nama yang kemungkinan dipilih ialah pemenang anugerah keamanan Nobel Elbaradei: Ahmed Zewail yang juga memenangi hadiah Nobel dalam Kimia pada 1999; dan doktor terkenal Mohamed Ghoneim.

Tunjuk perasaan jalanan yang diadakan di seluruh negara itu sejak lapan hari lalu dengan paling besar semalam sudah menyaksikan sekurang-kurangnya 300 orang terkorban, mengikut anggaran PBB. – AFP 

No comments: