Pages

Thursday, May 20, 2010

Solat Berjemaah Melepaskan Kita Dari Sifat Munafiq & Azab Neraka



Printer-friendly versionHantar kepada rakan-rakan
Solat adalah anugerah yang amat istimewa. Tidak ada satu perintah pun yang di terima oleh Rasulallah s.a.w dengan secara terus menerus dari Allah SWT melalui peristiwa Isra' Mi'raj selain dari solat. Pasti ada rahsianya mengapa ibadah solat diberi dengan cara yang paling unik dan di tempat yang lebih tinggi dari Syurga al-Firdaus. Ilmu Allah umpama lautan yang tiada tepiannya. Memahami setitik dari rahsia ini sudah besar ertinya kepada kita. Penemuan hikmah di sebalik solat boleh diumpamakan sebagai penemuan kunci untuk membuka pintu kejayaan.
Rasulullah s.a.w. amat menitik beratkan solat jemaah. Perkara pertama yang Baginda dirikan semasa hijrah ke Madinah adalah mendirikan masjid, tempat manusia berkumpul, bermasyarakat dan mendirikan solat berjemaah. Persoalannya, mengapakah solat berjemaah itu diberi perhatian berat oleh Rasulullah s.a.w.?
Salah satu sebabnya ialah, Allah menjanjikan ganjaran pahala yang lebih apabila kita mendirikan solat secara berjemaah berbanding jika kita mendirikan solat secara bersendirian.
Solat berjemaah itu terlebih afdhal daripada solah seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat ~ Muttafaqun 'Alaih - Hidayatus Salikin
Sewajarnyalah ganjaran yang berlipat ganda itu tidak patut dilepaskan dengan sia-sia bagi orang yang mengharapkan keredhaan Allah swt. Jika ada sedikit kekuatan dalam diri kita, adalah tidak rugi jika kita 'upgrade' sedikit nilai solat berjemaah itu dengan melazimkan solat berjemaah di awal waktu, iaitu solat bersama-sama imam. Ini kerana Allah memberikan dua kelepasan iaitu lepas dari sifat munafiq danazab api neraka.
Barangsiapa sembahyang fardhu lima waktu selama empat puluh hari dalam berjemaah, padahal tiada luput satu takbiratul ihram bersama imam, nescaya disuratkan Allah baginya dua kelepasan, iaitulepas dari munafiq dan lepas dari api neraka ~ riwayat Tirmidzi - Hidayatus Salikin
Alangkah bertuahnya jika kita dapat melaksanakan solat berjemaah ini dengan hati yang ikhlas kepada Allah dengan mengharapkan keredhaanNya.
"Ya Allah, berikanlah kami kekuatan agar dapat kami melaksanakan segala perintahMu dan menjauhkan segala laranganMu.."
Rujukan: Kitab Hidayatus Salikin - Fi Suluki Maslakil-Muttaqin
~
Share/Save

No comments: