Pages

Thursday, December 9, 2010

Selebriti Britain gagal jamin pengasas WikiLeaks


KIRI: LAKARAN artis menunjukkan Julian Assange muncul di sebuah mahkamah di London kelmarin.


LONDON - Sekumpulan selebriti Britain gagal dalam usaha mereka untuk mengikat jamin pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange yang kini ditahan di sebuah penjara di negara ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara selebriti yang hadir untuk menjamin Assange di sebuah mahkamah majistret di sini kelmarin termasuk Jemima Khan yang merupakan bekas isteri bintang kriket Pakistan, Imran Khan, pengarah filem, Ken Loach dan wartawan John Pilger selain dua aktivis hak asasi manusia.
Masing-masing berjanji untuk membayar £20,000 (RM99,290) sebagai wang ikat jamin untuk membebaskan Assange.
Namun, mereka hampa kerana gagal meyakinkan majistret bahawa Assange tidak akan melarikan diri selepas dia diikat jamin.
Assange, 39, yang merupakan bekas penggodam komputer ialah dalang di sebalik pendedahan lebih 250,000 fail sulit Amerika Syarikat di Internet.
Dia kini berdepan risiko diekstradisi ke Sweden berhubung jenayah merogol dan mencabul dua wanita. - Agensi

No comments: