Pages

Friday, December 3, 2010

Penumpang cuma berpakai dalam



TAMMAY BANOVAC.


BANDAR RAYA OKLAHOMA - Seorang wanita berusia 52 tahun yang berkerusi roda, Tammy Banovac hanya memakai coli dan seluar dalam berwarna hitam semasa dia diperiksa oleh ejen-ejen Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (TSA) di sebuah lapangan terbang di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam insiden pada Selasa lepas, wanita jelita tersebut dipaksa menjalani pemeriksaan badan selama sejam walaupun dia tiba di lapangan terbang itu dengan cuma memakai coli dan seluar dalam.
Pemeriksaan panjang yang dianggap tidak munasabah itu menyebabkan Banovac, 52, ketinggalan penerbangannya ke Phoneix.
Wanita itu memberitahu sebuah akhbar tempatan, dia memakai pakaian dalam itu kerana mahu mengelak daripada menjalani pemeriksaan badan.
Dua minggu lalu, dia menjalani pemeriksaan bagi tempoh yang lama disebabkan masalahnya menggunakan kerusi roda.
"Dalam situasi lain, pemeriksaan badan ini dipanggil serangan seksual," katanya.
Insiden pada Selasa lalu itu dirakamkan oleh seorang penumpang lain.
Dia ketinggalan pesawat selepas ejen-ejen TSA mengambil masa lama memeriksa dirinya yang cuma berseluar dalam dan coli.
Ejen-ejen itu kemudian mengesan kehadiran bahan kimia nitrat yang boleh membuat bom pada kerusi rodanya.
Namun, kata wanita itu, kesan tersebut mungkin berpunca daripada ubat-ubatan atau ekspedisi memburu yang disertainya baru-baru ini.
Akibat insiden itu, dia terpaksa pulang ke rumah selepas ketinggalan pesawat akibat pemeriksaan tersebut.
Pada Rabu lalu, dia kemudian sekali lagi ke lapangan terbang dengan memakai seluar dalam dan coli bagi memudahkan pemeriksaan.
Dia kemudian memakai semula pakaian yang dibawanya selepas pemeriksaan itu.
Tiada bahan letupan ditemui kali ini menyebabkan dia dibenarkan menaiki pesawat. - Agensi

No comments: