Pages

Tuesday, December 14, 2010

Bumbung stadium runtuh akibat salji



TIMBUNAN salji terdapat di padang selepas sebahagian bumbung stadium Metrodome runtuh kelmarin.


MINNEAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Bumbung stadium sukan Metrodome di sini runtuh kelmarin selepas hujan salji yang menyebabkan banyak kawasan dilanda salji setebal 53 sentimeter.
Tiada mangsa yang cedera tetapi kejadian itu menyebabkan Liga Bola Sepak Kebangsaan Amerika menukar lokasi perlawanan antara pasukan Minnesota Vikings dengan New York Giants ke stadium Ford Field di Detroit.
Bumbung Stadium Metrodome itu seluas empat hektar dan ia diperbuat daripada gentian kaca yang dilitupi bahan kimia telefon dengan dilengkapi 20 kipas angin.
Berat bumbung itu kira-kira 263,0000 kilogram. Pengerusi Suruhanjaya Sukan Metropolitan, Roy Terwilliger berkata, beliau optimis bumbung itu akan siap dibaiki menjelang perlawanan di antara pasukan Vikings menentang Chicago Bears pada Isnin 20 Disember ini.
Sementara itu, seorang pegawai kaji cuaca, James McQuirter berkata, insiden bumbung runtuh itu berlaku selepas ribut salji yang membawa 43.4 sentimeter salji turun di bandar itu bermula pada malam Jumaat lalu dan berakhir pada malam Sabtu lepas.
Stadium Metropolitan boleh memuatkan seramai 64,000 penonton. - AP

No comments: