Pages

Tuesday, December 14, 2010

Anak kerbau dibaham buaya di Malamala



SEEKOR buaya membahan anak kerbau di hutan simpan Malamala di Johannesburg, Afrika Selatan baru-baru ini.


JOHANNESBURG - Aksi seekor buaya besar yang membaham seekor anak kerbau di hadapan ibunya sempat dirakamkan di laluan berbasikal di hutan simpan Malamala di Johannesburg, Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej-imej dramatik itu dirakamkan oleh seorang pelancong Britain ketika sekumpulan kerbau melintasi kawasan berair tersebut baru-baru ini.
Semasa kumpulan kerbau itu berhenti untuk minum air, seekor buaya muncul secara tiba-tiba.
Malangnya, kerbau-kerbau yang pada kebiasaannya bersifat proaktif hanya membiarkan anak kerbau malang itu dibaham buaya. Selepas bergelut selama hampir dua jam, anak lembu yang kepenatan itu diseret masuk ke dalam air. - Agensi

No comments: