Pages

Wednesday, November 24, 2010

Warga Iran berpeluang dilepas hukuman rejam sampai mati





2010/11/24

TEHERAN: Warga Iran, Sakineh Mohammadi Ashtiani, yang mendapat perhatian antarabangsa selepas dihukum rejam hingga mati atas kesalahan berzina dan bersubahat membunuh suaminya, mempunyai peluang cerah untuk dilepaskan daripada hukuman itu, kata pegawai. 

Ketua Majlis Hak Asasi Iran, Mohammed Javad Larijani memberitahu stesen televisyen Press TV, pihaknya berusaha membantu mengurangkan hukuman ke atas Sakineh dan beliau berpeluang cerah untuk terlepas daripada hukuman mati.
Hukuman rejam ke atasnya sebelum ini ditangguhkan selepas kumpulan hak asasi melahirkan kemarahan, manakala masyarakat antarabangsa merayu hukuman itu ditarik balik.
Di bawah undang-undang Islam Iran yang dikuatkuasakan pada 1979, mereka yang berzina boleh dihukum rejam hingga mati, manakala jenayah seperti membunuh, rogol, melakukan rompakan bersenjata, murtad dan mengedar dadah boleh dikenakan hukuman bunuh. 

Kes Sakineh memburukkan lagi hubungan antara Iran dan Barat yang sedia tegang berikutan pertelagahan membabitkan program nuklear negara itu. 

Kumpulan hak asasi, Amnesty International berkata Sakineh didapati bersalah pada 2006 kerana menjalin hubungan sulit dengan dua lelaki dan dihukum 99 kali sebatan. Reuters

No comments: